Ikuti Lamanku

0

BERMULANYA KISAH KU BERGELAR BO (biznes owner)

Posted by laman suka dukaku... on 11:59 PM



ini adalah sebahagian dari produk2 yg terdapat di kedai ecosway ini..secara rasminya..kedai ini dibuka pada 20.8.2009..kami bertiga tidak ketinggalan menghadirkan diri ke sana bg memberi sokongan dengan membeli sedikit nuat tangan untuk kami bawa pulang..dan mendapat ganjaran.. potongan harga serta penebusan kopun dengan produk promosi..syoookknye.. baru hari pertama..ramai sangat yang datang....satu hari boleh untung beribu2 ringgittt tauuuuu......


kami diminta untuk berhati2 menyusun produk bg menjaga kualiti dan di susun mengikut saiz dan jenama dengan tepat.hasil kerjasama dari semua pihak, kedai ini siap di susun atur.....


ini la lori yang membawa produk2..banyak tugas kami hari ini..siti dan suami serta adik siti ambil peluang hari ini untuk membantu MR SENG KOR DAN MDM KAREN untuk menyusun produk2 yg telah sampai.. sambil mengikut setiap arahan.. besar hati kami kerana mereka sudi memberi keizinan dan kepercyaan kepada kami untuk menyusun barang2.. dan mengangkat berkotak2 barang ke dalam stor...


nampak serius kan..? siti sedang berbincang sesuatu yang amat serius dengan MR SENG KOR..kata beliau.. bahawa akan ada 5 lori yg akan membawa produk untuk masuk ke dalam kedai ni...ni bukan main2..biznes yang akan kita jalankan ini adalah biznes besar....


siti sedang merenung masa depan sambil menanti ketibaan lori yg akan membawa produk masuk..


melihat keadaan kedai ecosway yg masih baru, hati berdebar2..macam ni la rupanye kedai yang akan siti usahakan tak lama lg..siti mesti bersungguh2 dan giat menimba sebanyak mana pun ilmu.. siti akan training di kedai ni bersama MDM KAREN dan MR TOH SENG KOR.....


17.8.2009..saya dan suami serta adik saya pergi ke kuala lumpur bertemu dengan adik kepada MR TOH SENG KANG yang bernama MR TOH SENG KOR..semperna kedai ecosway cawangan baru kumpulan kami.Dengan penuh rasa hormatnya, kami disambut dengan mesra, walaupun baru pertama kali bertemu...


kami dihantar ke perhentian bas larkin oleh pn yan dan suami serta sahabat mereka en iswandi..ini la barang yg akan kami bawa pulang, walaupun berat,kami tetap puas hati..terima kasih teman..sampai ketemu lg..kami pun pulang ke nilai..


adik saya pun tak ketinggalan bergambar kenangan dengan pn yan..


sempat juga bergambar dgn pn yan sahabat sejati..


setelah penat seharian, kami pun pulang ke rumah pn yan dan bermalam di sana.keesokan paginye kami dihidangkan sarapan istimewa. disamping mendengar sedikit nasihat dan penerangan dari pn yan..


pergi meninjau2 kat bhgian stor kedai ecosway.. sambil mendengar penerangan daripada MR SENG KANG ..
Selesai mendengar penerangan , siti pun dengan penuh bersemangat mendaftarkan diri sebagai BO (biznes Owner) ecosway...

Dengan meletakkan bayaran sejumlah <> rm 5300 maka termetrilah sudah siti adalah seorang pemilik perniagaan yg akan membuka kedai serupa macam kedai mr seng kang ni

Di samping itu siti dibekalkan produk2 ecosway untuk siti gunakan di rumah, dan merasai kesan2 positif dari produk tersebut ... antaranyer produk kesihatan, kecantikkan, bahan pencuci dan penapis air beranergi...



ini la dia kedai Mr Sengkang.. dan inilah gambaran kedai yg bakal siti usahakan.....
tak sabar nak menikmati keuntungan demi keuntungan hasil dari titik peluh kita... ayang suamiku... inilah rezeki kita..ayang akan berusaha, ubah nasib kita.. demi anak2... doakan ayang berjaya ye ayang...




inilah dia Insan yg siti hormati.... berkelulusan tinggi..dari korea..ENCIK NORDIN BIN OTHMAN.. Abang kepada Sahabat baik siti.. PN SITI ZULNORAIN... Beliau yg memperkenalkan kami tentang perniagaan ecosway ni..Terima kasih long..jasa long tetap akan dikenang sampai ke akhir hayat..Semoga ALLAH menambahkan rezeki long berlipat kali ganda ..sebelum siti dibawa ke kedai ecosway untuk berdaftar, beliau ada memberi tunjuk ajar dan nasihat serta penerangan yg jelas tentang perniagaan ini..


ini la dia sahabat karib siti..jiran sekampung.. teman menangis..teman gembira dan jatuh bangun bersama..PN SITI ZULNORAIN BT OTHMAN.. beliau ialah BO cawangan negeri johor.. beliau la yg menyuntik semangat siti untuk bangkit dari kesulitan hidup..darinya juga siti dapat info tentang perniagaan ecosway... Yan..terima kasih banyak2..kerana menjadi sahabat yg terbaik buat diri ini.. terima kasih juga buat suaminya EN RAHMAN yg banyak membantu sepanjang tempoh siti di jb.


Meninggalkan suami dan anak2 bersama berjuta harapan siti gagahkan juga langkah ini...ditemani adik bungsu siti CIK NURSHAHIDAH RADIAHHA..kami pulang ke negeri kelahiran kami di johor.. untuk menemui sahabat karib siti yg menunggu di bas stand larkin dan akan membawa kami ke satu perubahan yg amat besar dan paling beerti dalam hidup ini...




0 Comments

Copyright © 2009 Laman Suka Duka Hidupku... All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive | Distributed by Deluxe Templates